Allianz4All Untuk Semua adalah sebuah transformasi perniagaan yang mengguna pakai Nilai-Nilai Sejagat seperti ketelusan yang dipertingkatkan, tanggungjawab sosial yang lebih baik dan penyertaan kebajikan. Melalui transformasi ini, matlamat kami adalah untuk menerapkan nilai-nilai tersebut dengan lebih baik dalam produk kami.
Allianz4All Untuk Semua adalah sebuah siri produk baharu yang memberikan perlindungan kewangan untuk semua rakyat Malaysia berdasarkan Nilai-Nilai Sejagat yang selari dengan Prinsip Kewangan Islam. Semua premium akan disimpan di dalam akaun perbankan Islam untuk dilaburkan ke dalam portfolio yang diurus secara lestari dan bertanggungjawab untuk memperbaiki komuniti & dunia. Untuk Bahasa Inggeris, klik sini.
Nilai-Nilai Sejagat Allianz4All Untuk Semua

Ketelusan
Dipertingkatkan
Kami akan menyatakan % premium anda yang akan diperuntukkan kepada Dana Peruntukan Tuntutan (“Claims Allocation Fund” atau “CAF”) untuk membayar tuntutan.

Keterangkuman Sosial yang Lebih Baik
Kami ingin meningkatkan komitmen kami kepada keterangkuman sosial dengan menyediakan jaminan perlindungan kewangan yang sesuai untuk semua tanpa mengira latar belakang.

Penyertaan
Kebajikan
Kami ingin anda bersama membantu komuniti dengan mengagihkan lebihan dari Dana Peruntukan Tuntutan anda ke organisasi kebajikan pilihan anda.
Kategori kebajikan yang boleh anda pilih:
Kami berikrar untuk membantu komuniti kita dan kami ingin anda bersama kami untuk menjayakannya. Lebihan dalam Dana Peruntukan Tuntutan akan diagihkan ke arah tujuan kebajikan yang dipilih oleh pemegang polisi pada masa permohonan.
Berikut adalah beberapa kategori kebajikan yang boleh anda pilih:
Berikut adalah beberapa kategori kebajikan yang boleh anda pilih:

Pendidikan
Menambahbaik akses pendidikan.

Golongan Kurang Upaya
Meningkatkan keterangkuman sosial dan peluang sosioekonomi.

Bantuan
Menyokong aktiviti bantuan yang berkaitan dengan kesihatan awam, bencana alam atau kecemasan.
Nota: Lebihan Dana Peruntukan Tuntutan atau “Claims Allocation Fund” (CAF) merujuk kepada sebarang lebihan dana yang tersedia dalam CAF selepas menolak tuntutan berbayar dan tertunggak, dan rizab berkanun dalam tempoh tertentu. Penggunaan untuk sebarang lebihan yang terhasil daripada CAF adalah berbeza mengikut produk.
Produk Allianz4All Untuk Semua

PerlindunganKu Allianz4All
Info lanjut
Kemalangan Diri Berkelompok Allianz4All
Info Lanjut
Nantikan lebih banyak produk di bawah Allianz4All Untuk Semua
Pengagihan Lebihan
Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2023, tiada lebihan direkodkan untuk produk Allianz4All disebabkan oleh tuntutan banjir yang lebih tinggi daripada jangkaan semasa musim tengkujuh tahun 2023. Allianz General Insurance Company (Malaysia) telah membayar sejumlah RM 669,894 yang memberi manfaat kepada 1,725 penuntut dibawah inisiatif ini.
