Kuala Lumpur, 5 July 2024
  • Rakan kongsi sosial Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia), Pertubuhan Pendidikan Anak Cahaya Sabah (Cahaya Society), baru-baru ini telah memenangi sejumlah €40,000 (kira-kira RM202,866) geran daripada Dana Impak Sosial 2024 Kumpulan Allianz dalam kategori MoveNow dengan penyepaduan Celik Kewangan.

  • Dana Impak Sosial ialah program utama Kumpulan Allianz yang menawarkan peluang strategik kepada entiti operasi Allianz di seluruh dunia untuk menerima pembiayaan untuk aktiviti Kewarganegaraan Korporat tempatan mereka, memfokuskan pada membina perkongsian merentas sektor dan impak yang boleh diukur untuk menyokong generasi akan datang.

  • Cahaya Society adalah salah satu daripada 31 pemenang di seluruh dunia untuk mendapatkan geran tersebut. Geran itu akan digunakan untuk Projek Sosioekonomi Belia: Latihan Peningkatan Kemahiran & Daya Tahan Komuniti Kurang Bernasib Baik, yang melibatkan peningkatan kemahiran jahitan selama tiga tahun yang dijalankan secara berperingkat yang bertujuan untuk memanfaatkan lebih 100 belia daripada komuniti kurang bernasib baik di Sandakan, Sabah.

  • Pada peringkat pertama, belia akan mempelajari asas jahitan dan peralatan. Pembelajaran peringkat kedua adalah mengenai literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan akhir sekali, pengeluaran dan pemasaran media sosial. Aktiviti ini akan melengkapkan komuniti sasaran dengan celik kewangan dan kemahiran keusahawanan yang diperlukan.

  • Mencerminkan perkongsian jenama global Allianz dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Dana Impak Sosial menggabungkan inisiatif MoveNow yang memperkasakan golongan muda melalui sukan dan pergerakan untuk badan, minda dan jiwa mereka.

  • Di bawah kategori ini, Cahaya Society akan menganjurkan Green ICT Bootcamp, dengan tujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan perniagaan seperti membuat keputusan termaklum, asas pengiraan untung dan rugi, simpan kira, menyimpan dan melabur sambil menggabungkan aktiviti fizikal untuk menjadikan sesi perkhemahan interaktif.
  • Allianz Malaysia melalui cabang tanggungjawab sosial korporatnya, Allianz4Good, telah bekerjasama dengan Cahaya Society sejak 2019 untuk memberi manfaat kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan di Sandakan.

  • Ketua Allianz4Good, Ng Siew Gek berkata, “Melalui kerjasama dengan Cahaya Society ini, kami berharap dapat melihat kesan positif projek itu dan untuk membuat perubahan dalam komuniti kurang bernasib baik yang disasarkan di Sandakan,” katanya.
  • Pengarah Eksekutif Cahaya Society, Wadzkir Abdul Hamid berkata, "Penganugerahan ini merupakan peluang yang baik untuk memperkasakan belia, terutamanya bagi mereka yang berminat untuk belajar dan meneroka lebih lanjut dalam meningkatkan kemahiran dan membina daya tahan.

  • “Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan berbesar hati kerana terpilih sebagai salah satu penerima geran di bawah Dana Impak Sosial 2024 oleh Kumpulan Allianz. Kami mengharapkan sebuah kerjasama yang memberi impak pada masa hadapan.”
A participant practises his sewing and crafting skills.
A participant engages in the collaborative workshop