Allianz Junior Badminton Championship (AJBC) merupakan kejohanan badminton untuk pemain berumur 15 tahun dan ke bawah, merangkumi kategori Bawah 11, Bawah 13 dan Bawah 15 tahun.
Kini memasuki tahun ke-5, AJBC terus melangkah ke hadapan sebagai platform yang diyakini dalam mencungkil potensi dan membentuk generasi pemain badminton masa depan.
Lebih daripada sekadar kejohanan, AJBC memberi peluang kepada peserta untuk membina keyakinan diri, memperkukuh kemahiran dan merasai pengalaman pertandingan sebenar sebagai langkah awal dalam perjalanan mereka sebagai atlet.
Seiring dengan 25 tahun Allianz Malaysia melindungi masa depan rakyat Malaysia, kami kekal komited dalam memperkasakan generasi muda — di dalam dan di luar gelanggang.
AJBC membuka ruang kepada anak-anak Malaysia untuk menyerlah, mengasah potensi dan melakar masa depan dalam sukan badminton dengan lebih yakin dan bermakna.